Tuesday 14 June 2011

Bina dan imbangkan lapan sistem badan anda dengan Intra

Posted by Syida at 10:26 0 comments
Bina dan imbangkan lapan sistem badan anda dengan Intra
 Pencernaan & Tenaga
Ramuan botani dalam Intra membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik, agar tubuh badan anda mampu menggunakan nutrien dengan lebih berkesan untuk membina dan menyuburkan sel sambil membekalkan tenaga yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bertenaga.
Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Akar manis Likuoris, Beras barli Cina, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kamomil Jerman, Alfalfa, Biji Halba, Debunga lebah, Halia
Ramuan botani sekunder: Rose hip Cina, Beri Juniper
Penyingkiran / Antioksidan
Ramuan dalam Intra membantu menyingkirkan, daripada tubuh badan anda, bahan buangan yang terhasil daripada proses pencernaan dan melalui metabolisme normal. Ia membantu tubuh badan anda menyingkirkan lebih banyak lagi toksin yang telah memasuki badan melalui makanan, minuman dan persekitaran kita, sambil meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan.
Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Beras barli Cina, Beri Schisandra, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kulit kayu Kaskara, Beri Juniper, Biji saderi
Ramuan botani sekunder: Akar Astragalus, Rose hip Cina, Sarsaparila
 
 Struktur (Rangka Otot)
Ramuan dalam Intra membantu mengekalkan kesihatan tulang, otot, sendi, dan tisu perantara anda; melindungi organ sensitif dalam badan anda, membolehkan anda berdiri tegak dan bergerak bebas.
Ramuan botani utama: Halia, Sarsaparila, Kapsikum
Ramuan botani sekunder: tiada
Hormon (Endokrin)
Ramuan dalam Intra memiliki keupayaan untuk memodulasi fungsi kelenjar yang merembes bahan-bahan kimia, yang akhirnya mengawal dan membantu mengimbangkan setiap sistem dalam tubuh badan kita.
Ramuan botani utama: Akar Astragalus
Ramuan botani sekunder: Akar ginseng Siberia, Cendawan Reishi, Biji halba, Biji saderi
 
 Imun
Ramuan botani dalam Intra memperkukuhkan kemampuan semula jadi tubuh badan anda untuk melindungi dirinya.
Ramuan botani utama: Akar manis Likuoris, Akar Astragalus, Cendawan Reishi, Rose hip Cina, Thyme
Ramuan botani sekunder: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Beri Schisandra, Akar Cikori
Saraf
Ramuan dalam Intra menyokong koordinasi otak anda, saraf tunjang, dan juga rangkaian urat saraf yang berjalin-jalin di seluruh tubuh badan anda.
Ramuan botani utama: Akar ginseng Siberia, Akar Astragalus, Bunga Markisah
Ramuan botani sekunder: Kamomil Jerman, Thyme
 
 Reproduktif
Ramuan botani dalam Intra membantu mengimbangkan hormon, menuju ke arah sistem reproduktif yang sihat.
Ramuan botani utama:Pipsissewa
Ramuan botani sekunder: Biji halba, Halia
Kardiovaskular
Ramuan botani Intra menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, termasuklah mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.
Ramuan botani utama: Cendawan Reishi, Beras barli Cina
Ramuan botani sekunder: Akar Cikori, Alfalfa

Apakah itu ramuan botani?

Posted by Syida at 10:25 0 comments
Apakah itu ramuan botani?
Apabila kita bercakap tentang ramuan botani, kita merujuk kepada ekstrak yang diperoleh daripada bahagian-bahagian berbeza yang ada pada tumbuhan – ini termasuklah akar, daun, beri, kulit kayu, batang, dan bunga. Kadangkala keseluruhan tumbuhan digunakan, dan dalam keadaan lain pula mungkin hanya bahagian tertentu pada tumbuhan yang mempunyai kuasa penyembuhan dan pemulihan.
Dokumentasi tentang gabungan botani tertentu berusia sehingga melebihi 3,000 tahun. Banyak daripada formula-formula awal tersebut diturunkan daripada generasi kepada generasi. Gabungan botani yang berjaya melalui ujian masa masih digunakan oleh berjuta-juta orang dan juga pengamal perubatan di seluruh dunia. Setiap gabungan botani mewakili kebijaksanaan kolektif yang telah terkumpul sejak berkurun-kurun lamanya – dan setiap satunya adalah bukti tentang kepelbagaian budaya dan iklim yang membentuk dunia kita.
Badan Manusia + Ramuan Botani = Lebih Baik Bersama!
 Hebat sekali apa yang terhasil apabila 23 jenis ramuan botani dipadukan dalam satu formula!
Bertahun-tahun lamanya telah diambil untuk menguji beberapa jenis formula bagi mendapatkan kombinasi ramuan botani tepat yang terkandung dalam Intra. Dua puluh tiga (23) jenis ekstrak botani daripada sumber semula jadi itu telah diformulasi khas agar dapat bekerja bersama-sama dengan setiap satu daripada lapan sistem biologi yang terdapat dalam badan.
Keputusannya? Intra benar-benar pergi ke tempat yang memerlukannya – memberi badan anda amaun fitonutrien yang betul agar anda kekal kuat dan sihat.

Apakah itu “Lebih Baik Bersama”?

Posted by Syida at 10:24 0 comments
Apakah itu “Lebih Baik Bersama”?
Terdapat banyak perkara dalam kehidupan yang nampaknya lebih baik bersama-sama, seolah-olah ia diwujudkan untuk satu sama lain. Mentega kacang dan jeli. Wayang gambar dan bertih jagung. Musim bunga dan bunga-bungaan yang sedang mekar.
Lifestyles telah menemui beberapa perkara lagi yang lebih baik wujud bersama-sama. Yang pertama ialah 23 jenis ekstrak botani yang dimuatkan ke dalam setiap botol Intra. Dan, disebabkan ekstrak-ekstrak botani yang luar biasa tersebut dan cara ia bekerja lebih baik bersama-sama, mengimbangkan lapan sistem biologi dalam tubuh badan anda untuk mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang lebih tinggi, kami telah menemui bahawa Intra dan anda juga lebih baik wujud bersama-sama. Teruskan membaca untuk mengetahui sebabnya!


Adakah anda memperoleh nutrien-nutrien botani yang diperlukan dalam diet anda pada hari ini?
Ramuan botani mengandungi banyak jenis nutrien yang selalunya tidak terdapat dalam makanan-makanan lain yang kita makan pada hari ini. Walaupun nenek moyang kita mengambil ramuan botani sebagai sebahagian daripada pemakanan biasa mereka, jarang sekali kita mendapati diri kita contohnya mengunyah kulit kayu, atau memakan kelopak bunga, kecuali sekali-sekala sebagai bahan “hiasan” sesetengah jenis salad.
Namun begitu, fitonutrien dan antioksidan yang terdapat dalam ramuan botani adalah unik dan amat berharga bagi kesihatan kita, terutamanya dalam era yang mana tekanan, ketidakaktifan, pencemaran, dan ketidakseimbangan lain adalah sebahagian yang ketara dalam kehidupan moden seseorang individu.
Intra adalah pemakanan tambahan botani semula jadi yang membekalkan semua kebaikan yang pernah dinikmati oleh nenek moyang anda dalam pemakanan mereka, kepada tubuh badan anda. Anggaplah ia sebagai ramuan terbaik daripada Alam Semula Jadi yang sedang membantu memperbetulkan ketidakseimbangan yang disebabkan oleh gaya hidup yang amat sibuk pada hari ini.
Fitonutrien + antioksidan yang terdapat di dalam sebotol Intra = Lebih Baik Bersama!

Intra + Anda = Lebih Baik Bersama…Setiap Hari!

Posted by Syida at 10:00 0 comments

Intra: Yang terbaik daripada Alam Semula Jadi … bersama-sama dalam satu botol.
Secara tabii, planet bumi membekalkan kesemuanya yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk kehidupan yang sihat dan bertenaga. Walau bagaimanapun, dengan berlalunya masa, gaya hidup kita yang semakin bergerak pantas dan amalan pertanian moden telah menjadikannya semakin sukar untuk menggabungkan semua tanaman terbaik yang ditawarkan oleh dunia kita, yang mana mampu menggugat keseimbangan kita dan menyebabkan kita berasa tidak sempurna. Tetapi tidak lagi.
Ramuan botani Intra yang diyakini dan telah diuji oleh masa memberi anda fitonutrien (nutrien berasaskan tumbuhan) dan antioksidan yang tidak wujud dalam diet anda, dan membekalkan tubuh badan anda dengan keseimbangan yang diperlukannya untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai makanan tambahan semula jadi, formula tepat 23 jenis ekstrak botani Intra bekerja lebih baik bersama-sama untuk membantu mengimbangkan dan memperkuatkan lapan sistem biologi dalam tubuh badan anda, menyebabkan anda berasa lebih sihat, lebih gembira, dan lebih bertenaga!
Ambil Intra! Kongsi Intra! “Hidup Lebih Bahagia. Setiap Hari.”!!!
 

Syidah.Gee Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting